Keyakinan itu ditegaskan ketuanya, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh menerusi pembukaan dua lagi cawangan UMNO di Taman Air Manis dan Parit 12 sekaligus menandakan pertambahan sokongan rakyat tempatan terhadap Barisan Nasional (BN).

"Setakat ini,  kita dalam proses untuk tambah dua lagi UMNO cawangan iaitu di Cawangan Taman Air Manis dan Cawangan Parit 12. Kita jangkakan kelulusan untuk membuka dua lagi cawangan ini akan diputuskan oleh pengurusan UMNO Malaysia dalam tempoh terdekat," katanya, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fasiah, ketika ini terdapat 67 cawangan UMNO di bawah Parlimen Sabak Bernam yang dilihat akan melengkapkan lagi kekutan jentera UMNO dan BN di kawasan itu.

Terdahulu, Mohd. Fasiah yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam merasmikan Program Mesra Rakyat di Taman Air Manis, di sini yang melibatkan pemberian sumbangan kewangan, bantuan asas makanan serta kesihatan kepada 100 individu yang kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Selain UMNO Bahagian Sabak Bernam, program itu turut mendapat kerjasama serta sumbangan daripada syarikat swasta antaranya Fusipim Sdn. Bhd., Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Rangkaian Pasar Raya Sri Kassim dan Stesen Minyak Petronas Sungai Besar. - UTUSAN ONLINE