Namun, Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam satu kenyataan menjelaskan, mereka merasakan sesuatu yang pelik apabila Perdana Menteri menggugurkan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh milik Johor yang jaraknya cuma 12.8 batu nautika dari sempadan Malaysia.

“Pulau Batu Puteh adalah sebahagian kawasan perairan dan kedaulatan negara semenjak Empayar Johor pada kurun ke-16 lagi. 


“Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan lebih mementingkan Kepulauan Spratly yang jaraknya 1,688 kilometer sebagai satu-satunya hak yang perlu dipertahankan,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, dari segi logik, Pulau Batu Puteh perlu dituntut dengan segala dokumen yang ada dan diserahkan semula ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague.

“UMNO tidak dapat menerima logik di sebalik ‘permainan’ Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan dalam kes Pulau Batu Puteh kerana tuntutan ke atasnya dibuat sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke empat.


“Adakah isu pengguguran Pulau Batu Puteh itu menjadi persetujuan dalam rundingan antara Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada bulan lalu, sebagai ‘syarat’ untuk membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR),” katanya. - UTUSAN ONLINE