KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2018 - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, perubahan itu perlu dilakukan kerana rakyat masa kini semakin berbeza dan bijak.

“Hari ini UMNO menyambut ulang tahun ke-73. Saya percaya dalam usia yang begitu panjang UMNO pasti penuh dan sarat dengan pengalaman.

“Semua ini amat berguna kepada pimpinan dan ahli parti. Bagaimanapun keadaan sudah berubah, kini UMNO bukan lagi kerajaan.

“Kita juga perlu akui bahawa pemikiran, keadaan rakyat serta landskap politik telah banyak berubah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, walaupun perubahan perlu dilakukan namun UMNO harus memastikan prinsip dan idealisme perjuangan parti tidak sesekali diubah.

“Pendekatan dan cara mungkin boleh berbeza serta disesuaikan dengan perubahan yang berlaku.

“Saya percaya UMNO mampu kembali di tampuk kuasa. Apa yang penting kita mesti kukuhkan parti dan perpaduan di semua peringkat mesti diutamakan,” katanya. -UTUSAN ONLINE