Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, senarai itu adalah kombinasi muka-muka baharu, Wanita dan Pemuda UMNO.

Beliau walau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh senarai calon itu dihantar kepada Najib.

"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya (senarai calon). Perdana Menteri juga mempunyai orang yang memantau calon ini daripada semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2017 sempena Program Jom Bantu Rakyat di pekan Kuala Sanglang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Rela Ahmad. - UTUSAN ONLINE