Itu jawapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditanya adakah Barisan Nasional (BN) dan Pas akan bersatu dalam pilihan raya umum nanti.

Namun beliau menegaskan jentera BN telah digerakkan di negeri ini untuk menghadapi pilihan raya umum dan sambutan yang diterima di peringkat akar umbi mengalakkan.

Dalam masa yang sama, beliau menolak penggunaan perkataan ‘rampas’ bagi merujuk kepada tindakan untuk mengambil alih pentadbiran negeri ini daripada Pas.

“Memang UMNO Kelantan itu harapan dia (untuk rampas Kelantan) tetapi kita tak mahu kata kita akan ‘rampas’ balik Kelantan, tidak wajar.

“Kita akan tampilkan UMNO sebagai parti parti yang bertanggungjawab yang memastikan kesejahteraan rakyat. Kita harap rakyat akan menilai kejujuran keikhlasan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum Forum Transformasi Nasional (TN50) diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE