Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd. Zuraimi Razali berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu ialah Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Ceramah dan Jawatankuasa Kebajikan yang digerakaan secara bersama oleh kedua-dua buah parti itu.

Menurutnya, kedua-dua jawatankuasa tersebut akan bertemu masyarakat khususnya ahli kedua-dua parti untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa.

“Keputusan menubuhkan dua jawatankuasa ini dicapai selepas pertemuan pemimpin UMNO dan Pas Kuala Kangsar yang pertama kali diadakan di sini baru-baru ini.

“Jawatankuasa ini juga akan mengeratkan lagi lagi hubungan kedua-dua buah parti,” katanya di sini. - UTUSAN ONLINE