Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada 2009, UMNO dalam Perhimpunan Agung Khas telah melakukan tujuh pindaan dalam perlembagaan parti itu bagi membolehkan pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150,000 ahli.

“Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak-beranak.

“Jadinya,... di mana demokrasi yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus sahaja yang hadir,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bercakap tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad, Najib berkata, di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa Melayu mudah lupa.

Namun pada kita, Dr. Mahathir telah melampaui had apabila tergamak bersubahat dan bersekutu dengan musuh politik dan musuh prinsip beliau selama berpuluh tahun lalu.

“Hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE