Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan antara kedua-dua pihak  dan berita yang disebarkan itu adalah tidak benar.

 "Isu ini tidak berbangkit , jadi pihak kami akan menjalankan tugas seperti biasa.

 "Isu seperti ini juga perkara biasa apabila menjelang pilihan raya umum dan pelbagai isu lain juga akan timbul, jadi pihak kami tidak akan terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak sahih seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Merasmikan Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2018 Parlimen Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1) di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah  mendakawa PAN dan UMNO berpakat menjatuhkan parti itu di Kelantan pada PRU 14. - UTUSAN ONLINE