WAN ROSDY WAN ISMAIL
WAN ROSDY WAN ISMAIL 

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, PRK berkenaan yang juga dikenali sebagai PD Move tidak diperlukan dan ia juga membazirkan wang rakyat.

Selain itu kata beliau, BN dan UMNO sendiri sedang mengambil langkah-langkah pemulihan yang perlu diberi perhatian serius terhadapnya.

“Kita menyambut baik keputusan ini sepertimana diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

“Kebetulan pula hari penamaan calon PRK ini ialah pada 29 September yang bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE