Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMNO negeri, Pusat 
tadbir urus harta parti

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR memukul gong ketika merasmikan  persidangan
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR memukul gong ketika merasmikan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, semalam. Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim. MINGGUAN/KAMAL BASIR WAHAB

KUALA KANGSAR 12 Ogos - Semua harta UMNO di seluruh negara khususnya melibatkan premis bangunan, telah diputuskan untuk ditadbir urus oleh UMNO negeri dan Pusat.

Setiausa­ha Agung UM­NO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ber­kata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatan­kuasa Pengurusan UMNO itu bertujuan bagi mengelak daripada sebarang kekeliruan sekiranya terda­pat peruba­han dalam sesuatu kepe­mim­pinan.

“Selalunya bila ada perubahan kepemimpinan, ada kekeliruan, bangunan entah ke mana, macam-macam berlaku.

“Jadi, sekarang ini kita telah putuskan bahawa semua harta yang telah didaftar, akan dikawal dan dijaga oleh UMNO negeri dan Pusat.

“Contohnya UMNO Bahagian Kuala Kangsar ada bangunan, ia dimiliki oleh bahagian tersebut tetapi dijaga atau ditadbir urus oleh UMNO negeri dan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohamad Kamil Shafie. 

Terdahulu, ketika berucap dalam persidangan tersebut, Tengku Adnan berkata, UMNO adalah sebuah parti akar umbi, justeru ahli dan pemimpinnya perlu turun ke bawah de­ngan merapatkan diri dengan masyarakat bagi membela nasib mereka.

Beliau berkata, berbanding parti pembangkang yang cacamarba dengan perjuangan atas dasar kecewa serta kepentingan sendiri, UMNO yang ditubuhkan sejak tahun 1946 adalah lebih berstruktur.

Namun, beliau mengingatkan ahli parti supaya tidak merasa selesa dan alpa dengan trend kemerosotan kemenangan pada tiga pilihan raya umum lalu.

“UMNO merupakan parti akar umbi dan kita kena bela akar umbi supaya kuat. Jika akar umbi rosak, kita juga akan rosak. Kena tahu apa yang mereka hendak dan bukan apa yang kita mahukan.

“Oleh itu, marilah kita bersatu, setia dan berkhidmat. Percayalah perjuangan ini adalah satu perjuangan demi anak bangsa, agama dan negara,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain