lawan tangkap layar
lawan tangkap layar 

Timbalan Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Presiden parti itu berkata, apa yang dilakukan oleh BN adalah lebih baik berbanding PH yang dilihat hanya menukar nama setiap dasar dan kaedah yang dilaksanakan tersebut.

"Mana lagi teruk, yang dituduh gagal selama 61 tahun ke atau hanya tukar nama je apa-apa yang pernah dikutuk dulu?

"Sebangsat-bangsat UMNO, sehina-hina UMNO dan seburuk-buruk UMNO yang dicaci adalah lebih baik dari PH sekarang," katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Mohamad turut berkongsi satu karikatur yang bertajuk 'Kerajaan PH..

Sementara itu, hantaran Mohamad itu turut mendapat maklum balas banyak pengguna akaun Twitter yang lain termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu menerusi balasannya berkata, walaupun terdapat kelemahan tetapi PH akan terus komited kepada rakyat.

Beliau turut menyenaraikan beberapa langkah yang telah diambil oleh PH yang dilihat tidak dilakukan semasa zaman pentadbiran BN.

Beberapa langkah tersebut termasuklah mengisytihar aset menteri dan wakil rakyat, membebaskan Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan melaporkannya ke Parlimen serta proses tender yang adil terbuka.

Menurut Syed Saddiq, media juga kini lebih bebas, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan serta harga minyak distabilkan dan inflasi terendah di Asia Tenggara.

"Ada kelemahan tetapi kita komited kepada rakyat, kita akan usahakan lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE