Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, disebabkan itu UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) berjaya kekal memerintah sehingga hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun ahli UMNO perlu bijak memilih pemimpin supaya parti itu terus relevan sepanjang zaman.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tak relevan pada zaman twiter dan facebok.

“Zaman Datuk Seri Najib Tun Razak berubah secara total, orang boleh kata macam-macam, tengok dalam facebook beliau macam-macam pekataan ada tetapi Datuk Najib boleh terima, Datuk Najib masih senyum.

“Zaman ekonomi digital kalau bukan calang-calang pemimpin tak boleh cakap (mengenainya) sebab itu pemimpin sangat penting, kalau salah pilih masalah kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Sebelum majlis tersebut berlangsung, Johari diarak dengan menaiki kereta kuda seperti pahlawan Melayu . - UTUSAN ONLINE