Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, pihaknya mengorbankan 12 ekor lembu yang mana dagingnya diagih-agihkan kepada masyarakat Islam setempat.

“Program Qurban Perdana ini kita adakan setiap tahun selaras dengan tuntutan Islam dalam melaksanakan ibadah korban.

“Pengorbanan bukan sesuatu yang mudah kerana ia dilakukan dengan hati yang bersih dan suci. Justeru, pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail wajar dihayati dan dicontohi oleh kita pada hari ini,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat, Asuma Beevi Mohd. Sali. - UTUSAN ONLINE