Beliau berkata, ini memberi ruang kepada perancangan dan gerakan berasaskan petunjuk pres­tasi utama (KPI) bahagian itu yang ternyata menjurus ke arah kemenangan bagi semula kerusi dengan majoriti lebih besar.

Beliau menyifatkan Kemaman sebagai kawasan Parlimen contoh dengan perpaduan dalam kala­ngan pemimpin dan ahli berada pada tahap amat baik di sam­ping memanfaatkan penggunaan tek­nologi maklumat dan komunikasi dengan berkesan dalam urusan parti.

Katanya, suasana yang diperlihatkan kini tidak akan wujud jika kalangan pemimpin tidak bersedia mengetepikan agenda peribadi.

“Dalam politik, cabaran dan dugaan akan ada setiap hari, tetapi saya lihat barisan pemimpin di sini cukup mantap, mereka letakkan semangat perjuangan parti lebih bermakna berbanding individu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Berlian, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Ahmad Said dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat mengucapkan penghargaan kepada bekas Ahmad yang akhirnya sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dengan kekal berjuang bersama UMNO bagi kepenti­ngan bangsa, agama dan negara.

Katanya, pendirian Ahmad setelah mengharungi kemelut politik yang cukup sukar, kembali mengukuhkan kedudukan parti kerana punca kuasa politik negeri dilihat berada di bahagian ini.

Menurutnya, keadaan itu diperkukuhkan dengan barisan kepemimpinan di bawah yang tetap menghormati beliau dan tidak mengambil kesempatan da­ripada kemelut yang berlaku ke­tika itu.