Presiden UMNO itu berkata, seorang sarjana sains politik terkenal dari Perancis, Alexis de Tocqueville menerusi bukunya, Demokrasi di Amerika menjelaskan parti politik yang hebat perlu bercirikan falsafah, ideologi dan tunjang (substance).

“Ketiga-tiga ciri tersebut memang dimiliki UMNO kerana parti ini jelas falsafah, ideologi dan tunjangnya.

“Kita telah saksikan sejak sekian lama, kalau kita lihat sebelah sana (pembangkang) mereka cuba nak ambil tampuk pemerintahan negara sedangkan siapa hendak menjadi Perdana Menteri pun tidak jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Maran di Dewan Pekan Tajau di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin; Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Shahaniza Shamsudin. - UTUSAN ONLINE