Dr. Abd Latiff Ahmad
Dr. Abd Latiff Ahmad

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, UMNO Johor menyerahkan kepada kebijaksanaan akar umbi bertanggunjawab untuk membuat pilihan mereka sendiri.

“Jika ada mana-mana pihak yang mengaku UMNO Johor cenderung kepada seseorang tokoh seperti Tengku Razaleigh, ini adalah pandangan peribadi dan bukannya daripada UMNO Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, sejujurnya UMNO Johor ada pengalaman hitam di antara Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam pada 1987 hingga menyebabkan UMNO lama menjadi haram. - UTUSAN ONLINE