Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu diterima pihaknya walaupun sedikit sebanyak mendukacitakan.

“Kita hormati keputusan beliau yang berasa bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Dalam masa sama, kita gembira kerana beliau tidak meninggalkan parti tetapi tetap bersama-sama kita di peringkat bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di rumah pangsa Seri Alam, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE