Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan menjemput pemimpin Pas hadir dalam perhimpunan agung pada 29 dan 30 September ini, manakala Pas juga akan berbuat perkara sama bagi muktamar di Terengganu bermula 14 September.

“Kalau dijemput (ke muktamar) kita akan hadir dan saya difahamkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah memaklumkan hal sama, akan hadir (ke perhimpunan agung).

“UMNO akan jemput Pas, Pas akan jemput UMNO dan kita akan sama-sama menghadirinya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Pas Selangor di Ibu Pejabat Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE