Pengerusi Biro IT dan Media Sosial UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, penubuhan biro tersebut di 22,000 cawangan UMNO perlu diselesaikan bulan depan.


Menurutnya, buat masa ini kesemua 191 bahagian UMNO sudah mempunyai jawatankuasa Biro IT dan Media Sosial.

“Tidak sukar untuk menubuhkan jawatankuasa Biro IT dan Media Sosial kerana kita hanya minta seorang sahaja untuk mengendalikannya di peringkat cawangan.


“Sudah tentu ada ahli UMNO cawangan yang berminat dalam bidang media sosial untuk mengendalikan biro ini,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa Biro IT dan Media Sosial UMNO Bahagian Ipoh Timur dan Ipoh Barat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE