Menurutnya segala persepsi tersebut hanya disebarkan oleh pembangkang untuk memberikan imej buruk kepada UMNO.

Tegasnya, saya ulang, UMNO bukan anti kaum Cina, tetapi ternyata kaum Cina dan sebahagian juga kaum India, turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang.

“UMNO sebetulnya kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi,” kata Najib.

Jelas Najib perang persepsi dimulakan pada Piliharaya Umum ke-13 dengan pelbagai certa dan berita palsu serperti cerita bohong 40 ribu pengundi hantu diimport dari Bangladesh.-UTUSAN ONLINE