Beliau berkata, perbincangan yang diadakan sejak kira-kira dua bulan lalu itu turut tertumpu soal penggabungan serta demi agenda bumiputera.

“Jika boleh, pakat dengan Bersatu untuk bersama kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama kepemimpinan UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya lebih lanjut, Zahidi enggan menjelaskan secara terperinci berkenaan perbincangan yang diadakan. - UTUSAN ONLINE