Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan berkenaan hal tersebut hanya akan diputuskan selepas Biro Politik UMNO bermesyuarat pada 24 September depan.

Jelas beliau, Barisan Nasional (BN) pada masa sama juga dijangka mengadakan mesyuarat selepas itu.

“Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau pendapat diutarakan oleh mana-mana pemimpin atau ahli UMNO berkaitan PRK berkenaan adalah dianggap sebagai pendapat peribadi dan mereka berhak serta tidak dihalang berbuat demikian.

“Pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh Ibu pejabat parti atau Presiden pada masa difikirkan sesuai,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE