Zainal Abidin Osman

Beliau turut menegaskan pendiriannya berhubung perkara tersebut adalah jelas dan tidak berubah seperti yang dibangkitkan dalam sidang DUN sesi lalu.

“Itu adalah usul mereka (UMNO) dan mereka berhak untuk membawanya. Bagi saya, pendirian saya (berhubung isu ini) adalah sama ketika saya membahaskannya dalam sidang DUN lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai hasrat UMNO negeri menerusi Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid untuk membawa usul mendesak Guan Eng melepaskan jawatan dalam sidang DUN yang dijangka bermula 19 Mei ini.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, usul itu memandangkan kredibiliti Pejabat Ketua Menteri ketika ini tercalar dan dipersoal selepas Guan Eng berdepan dua tuduhan rasuah berhubung dakwaan penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Dalam sidang DUN November lalu, Yee Cheu mencetuskan rasa kurang senang ADUN DAP lain selepas mempersoal tindakan kerajaan negeri untuk terus mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri walaupun meng­hadapi pertuduhan rasuah.

Teh Yee Cheu
Teh Yee Cheu

Menurut beliau, tatakelola ke­rajaan negeri akan lebih berjaya sekiranya reformasi pengasingan kuasa dilakukan secepat mungkin demi menjamin kepentingan awam.

“Ketika ini kita hadapi satu krisis di mana badan kehakiman kita sedang menjalankan siasatan terhadap kuasa eksekutif negeri.

“Justeru, adalah wajar bagi tatakelola negeri mengarahkan pihak berkenaan untuk bercuti sementara sehingga penghakiman dimuktamadkan.

“Mahu tidak mahu atau suka tidak suka, perkara yang sangat sensitif ini (pendirian kerajaan negeri yang mahu Guan Eng terus menyandang jawatan Ketua Menteri) perlu dibangkitkan dalam Dewan ini bagi memastikan kewibawaannya terbela,” katanya.