Hal demikian apabila Kementerian Pendidikan yang membuat pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) turut mempelawa lulusan UEC memohon untuk mengikuti program tersebut.

Malah, permohonan yang mula dibuka di dalam talian https://pismp.moe.gov.my bermula hari ini itu turut dihebahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menerusi ciapan Twitter miliknya semalam.

CIAPAN Twitter milik Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam yang menghebahkan mengenai p

CIAPAN Twitter milik Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam yang menghebahkan mengenai pengambilan PISMP dengan turut mempelawa lulusan UEC. - UTUSAN ONLINE

Persoalan itu dibangkitkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Mohd. Nor yang menggesa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik segera memberi penjelasan berhubung soal tersebut.

Katanya, semua sedia maklum bahawa sebarang usaha untuk mengiktiraf UEC yang gagal menepati kriteria pendidikan negara itu

dibantah sekeras-kerasnya sebelum ini.

Soal beliau, jika UEC belum diiktiraf mengapa Timbalan Menteri Pendidikan di dalam laman sosialnya turut mempelawa lulusan UEC untuk turut sama memohon bagi mengikuti PISMP.

“Patut Menteri Pendidikan memberi penjelasan kepada orang ramai adakah UEC ini telah diluluskan.

Adakah kelulusan ini (UEC) juga setaraf dengan peperiksaan aliran nasional.

“Saya bimbang jika UEC ini telah diluluskan secara diam-diam. Menteri perlu jawab persoalan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Nie Ching menerusi ciapan Twitter miliknya menghebahkan mengenai pengambilan PISMP yang turut mempelawa lulusan UEC selain Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) untuk mengikuti program tersebut.

Bagaimanapun, langkah tersebut mendapat kecaman orang ramai termasuk di laman-laman sosial yang mempersoalkan sejak bila UEC ini diiktiraf.

Untuk rekod, pengiktirafan UEC adalah antara salah satu janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE