Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya sejak awal lagi sudah bersiap sedia dan hanya menunggu saat Parlimen dibubarkan.

 "Kita ini hanya mengikut sahaja (pengumuman) bila (Parlimen) dibubarkan.

 "Kalau ditanya mengenai calon pula, Pas pada saat-saat akhir pun mungkin berlaku perubahan, kita tengok sahaja nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) di Bazar Siti Aisyah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi yang membayangkan bahawa PRU-14 mungkin diadakan sebelum Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN ONLINE