Beliau berkata, ini adalah disebabkan ada antara anggota keluarga tahanan itu didapati tidak boleh keluar negara kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Dalam perkembangan yang lain, Larry berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan bahawa kesemua 47 tahanan tersebut telah  menerima kunjungan "Uncle Azra" atau Mohd Azra, sahabat kepada ibu salah seorang tahanan Malaysia itu yang berusaha menemui mereka di penjara mereka ditempatkan dengan bantuan pihak kedutaan Malaysia di sana.
 
Yang turut hadir dalam kunjungan itu, anggota "Cambodian Muslim Youth Alliance" bagi membekalkan makanan dan minuman halal kepada para tahanan.

Hari ini merupakan hari ke-62 tahanan rakyat Malaysia berada di penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian. - BERNAMA