Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan tidak perlu berbuat apa-apa.

Beliau mengingatkan bahawa bekas Perdana Menteri itu juga tidak sesempurna mana selama memerintah negara kerana bukan merupakan malaikat.

“Jangan kita sahaja menari mengikut rentak mereka. Tun Mahathir juga perlu disiasat (atas kekayaan dimilikinya dan ahli keluarga),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Seri Azlan Man, Setiausaha UMNO Bahagian Kangar, Datuk Abdul Jamil Saad dan para pemimpin daripada ketiga-tiga bahagian di negeri ini. - UTUSAN ONLINE