Dalam ceramahnya di Bukit Piatu itu, Dr. Mahathir beberapa kali memberhentikan ucapan untuk berehat disebabkan faktor usia malah beliau turut meminta maaf kerana suaranya tidak begitu baik malam tadi.

Namun selepas berehat, Dr. Mahathir kembali menyambung ceramah namun yang tidak sedapnya, serangan demi serangan terus ditujukan kepada Najib.

Beliau sanggup menyifatkan rakyat Malaysia kini hidup menderita...malah meminta supaya Najib berundur kononnya rakyat tidak mahukan beliau mentadbir negara lagi.

Bukan setakat Najib, Pas juga menjadi mangsa Dr. Mahathir apabila beliau meminta penyokong untuk tidak mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini.

“Jangan bagi satu undi pun kat bulan (Pas).. Bulan ini pun tak guna jugak,” antara ucapan Dr. Mahathir meminta simpati rakyat Melaka.

Ternyata dendam Dr. Mahathir tidak akan terpadam bukan sahaja kepada mana-mana pemimpin yang menentangnya malah mereka atau tidak sehaluan dengannya.

Dalam ceramah gabungan pembangkang PKR itu yang turut dihadiri Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz, Dr. Mahathir meminta Najib untuk melepaskan jawatannya kerana rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi.

“Pada 9 Mei ini kita keluar ramai-ramai tentukan nasib kita setelah menderita selama hampir 10 tahun...Cukuplah Najib, awak pergilah, rakyat sudah tidak mahu kamu...,” demikian ucapan Dr. Mahathir.

Tetapi selama 22 tahun menjadi perdana menteri, Dr. Mahathir sudah pergi dan tiba-tiba beliau ingin kembali menjadi perdana menteri, adakah rakyat masih mahukan beliau?