Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, melihat daripada perspektif itu, Dr. Mahathir tidak boleh lagi dipercayai kerana sanggup menggadai prinsipnya yang pernah menolak parti cauvinisme seperti DAP suatu masa dahulu.

Malah, katanya, kesanggupan Dr. Mahathir untuk berbaik dengan DAP adalah merupakan perkara negatif yang mampu memusnahkan orang Melayu sendiri.

“Dia gadai prinsip bukan kerana sesuatu yang mulia sebaliknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Asalkan apa yang dikehendakinya dapat dicapai.

“Dr. Mahathir tidak peduli pandangan umum mengenai DAP dan tidak lagi hairan sekiranya berlaku kesan negatif yang berpanjangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

Baru-baru ini, Dr. Mahathir menjejakkan kaki ke ibu pe­jabat parti DAP di sini bersama-sama pemimpin utama Pakatan Harapan yang hadir untuk mesyuarat mingguan majlis presiden pakatan pembangkang tersebut.

Sementara itu, Bekas ADUN DAP Teratai di Selangor, Jenice Lee pula menyifatkan Dr. Mahathir kini menjadi ikon bagi mempromosikan DAP dalam kalangan orang Melayu.

Hal ini, katanya, DAP sendiri menyedari bahawa mereka tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum sekiranya parti itu hanya didominasi oleh satu kaum sahaja.

Menurut beliau, DAP amat menagih sokongan orang Me­layu dan hanya Dr. Mahathir dilihat dapat mempengaruhi orang Melayu untuk menyo­kong parti berkenaan.

“Ini semua sandiwara politik. Dr. Mahathir sebenarnya ada kepentingan politik untuk berbaik dengan DAP. Dulu dia ada cakap Melayu sudah lupa, tetapi kini dia sendiri yang lupa terhadap prinsip perjuangannya suatu masa dahulu,” jelasnya.