Sehubungan itu, beliau mendesak Musa agar meletak jawatan segera memandangkan beliau telah diarahkan berbuat demikian kerana tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pelantikan dirinya sebagai Ketua Menteri telah disahkan dan dipersetujui oleh Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Yang Dipertua telah meminta Musa meletakkan jawatan selepas yakin dengan senario semasa.

“Saya tidak mendesak untuk disegerakan istiadat mengangkat sumpah tetapi hari ini Istana Negeri datang menghantar surat dan memanggil saya untuk istiadat itu,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya selepas mengangkat sumpah. - UTUSAN ONLINE