Abdullah, 79, yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas tiba di Sekolah Menengah Sains (SMS) Kepala Batas kira-kira pukul 8.10 pagi tadi dan disambut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang disandangnya.

Beliau kemudian meluangkan masa hampir 20 minit untuk memberi kata-kata semangat sebelum kesemua calon berarak ke pusat penamaan calon yang terletak hampir tiga kilometer (km) dari sekolah terbabit.

Keempat-empat calon yang diketuai Reezal Merican itu tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.59 pagi tadi dengan diiringi lebih 2,000 penyokong.

Dalam pada itu, empat calon daripada gabungan pembangkang PKR iaitu Dr. Zaidi Zakaria (Parlimen Kepala Batas), Khalid Mehtab Mohd. Ishaq (Bertam), Yaacob Osman (Penaga) dan Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Pinang Tunggal) tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.38 pagi.

Ini dikuti keempat-empat calon Pas iaitu Siti Mastura Muhammad (Parlimen Kepala Batas), Yusni Mat Piah (Penaga), Mokhtar Ramli (Bertam) dan Bukhori Ghazali iaitu calon untuk kerusi DUN Pinang Tunggal.-UTUSAN ONLINE