Pengerusi Pakatan Harapan tersebut berkata, sehubungan itu para pemimpin parti komponennya dinasihatkan supaya bersatu-padu dan bukannya menumpukan untuk mengukuhkan diri sendiri dan jawatan.

"Kita mestilah bergerak sebagai kerajaan campuran dan bukan parti yang berasingan. Jika ini berlaku (bergerak berasingan), perpaduan tidak akan tercapai," katanya yang juga Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video sempena Konvensyen Kepimpinan Pakatan Harapan negeri di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Yang turut hadir Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi PKR negeri, Dr. Azman Ismail dan Pengerusi DAP negeri, Tan Kok Yew. - UTUSAN ONLINE