Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tular, Pejabat MB nafi keluar senarai calon BN Kedah

ALOR SETAR 13 Mac - Pejabat Menteri Besar menafikan mengeluarkan sebarang senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kuala Lumpur, 13 April 2009- Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebagai
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perkara itu dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak matang kerana sekadar mahu mencipta sensasi dan mewujudkan kekalutan dalam suasana politik negeri.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa penyebaran senarai ini ada penglibatan parti pembangkang yang mahu menimbulkan syak dan curiga dalam kalangan  jentera parti. 

"Namun saya amat yakin penyebaran senarai ini tidak akan sama sekali menggoyah perpaduan dan fokus parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kedah, pihaknya memohon agar jentera parti tidak melayan perkara seperti itu.

"Hakikatnya semua pihak harus yakin bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai sistem dan tatacara dalam menentukan apa jua keputusan termasuklah dalam  proses penentuan calon.

"Penghantaran senarai yang sebegini penting sudah tentunya tidak akan menggunakan applikasi Whatapps," katanya.

Difahamkan senarai calon berkenaan tular melalui aplikasi Whatapps sejak semalam yang kononnya ia dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. - UTUSAN ONLINE 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain