Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Asri Mat Daud berkata, perkara yang tular itu adalah fitnah dan orang ramai diminta supaya tidak mempercayainya.

"Sebaran berkenaan adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan maruah Menteri Besar Kelantan serta keluarganya.

"Pihak yang membuat sebaran palsu dan fitnah ini diajak kembali kepada ajaran Islam dan gerun kepada ancaman neraka kerana mencipta pembohongan untuk meraih sokongan politik serta menjatuhkan orang lain," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini tersebar satu mesej di laman sosial mengenai anak Ahmad yang dikatakan ditahan polis kerana kes dadah sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Mesej tersebut turut 'mendoakan' urusan Ahmad dipermudahkan seperti menerima pertolongan daripada individu bernama 'Zahid'.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri meminta penyebar fitnah agar berhenti melakukan perbuatan keji tersebut dan bertaubat kepada Allah SWT serta memohon maaf kepada Ahmad dan keluarganya. - UTUSAN ONLINE