Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tukar PM tidak selesai masalah

Jawatan terdedah serangan kritikan – Annuar

ANNUAR MUSA menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa dalam Program Jelajah Penerangan UMNO di K
ANNUAR MUSA menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa dalam Program Jelajah Penerangan UMNO di Kubang Menerong, Padang Sera, Kedah, semalam. – MINGGUAN/SAFRIZAL AZMI

JERLUN 11 Mac - Menukar Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah kerana jawatan itu sememangnya terdedah kepada sasaran kritikan pelbagai pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap Perdana Menteri iaitu bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sentiasa dikritik sehinggalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Malah kata beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui perkara itu ketika beliau berada dalam Kabinet.

“Ini adalah perkara lumrah kerana jawatan Perdana Menteri menjadi sasaran kritikan. Dr. Mahathir dikritik kerana kerugian dalam skandal BMF (Bumiputra Malaysia Finance Ltd.) dan tukaran wang asing.

“Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) turut dikata macam-macam seperti lemah,” katanya ketika menyampaikan ceramah menjelaskan isu-isu semasa di Padang Sera, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul.

Menurut Annuar, apa yang le­bih penting ahli-ahli UMNO terus bersatu-padu agar ‘kapal’ besar UMNO terus belayar dan bukan bercerai-berai sehingga menenggelamkan ‘kapal’ berkenaan yang sekali gus akan meranapkan sejarah penubuhan bangsa.

Tambah beliau, dalam sejarah UMNO, seseorang individu tidak penting kerana pemimpin boleh datang dan pergi atas pelbagai sebab.

“Datuk Onn Jaafar yang ba­nyak jasanya kerana mencetuskan penubuhan UMNO, apabila keluar parti hanya dilihat sebagai individu sedangkan parti tetap perlu diteruskan,” katanya.

Tambah beliau, Dr. Mahathir pula diibaratkan sebagai bapa­nya kerana merupakan idolanya, malah beliau taksub kepada bekas Perdana Menteri itu semasa menjadi pemimpin belia.

“Kasih sayang tetap tidak berubah, jasa tetap saya kenang. Namun, soal masa depan bangsa adalah lebih besar berbanding individu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain