Ayat itu sering digula-gulakan oleh gabungan pembangkang PKR kepada rakyat bagi menarik sokongan terhadap mereka, dipercayai sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Setelah dua penggal merampas Pulau Pinang dan Selangor, terbukti prestasi dua kerajaan negeri yang diterajui DAP dan PKR itu tidak bagus.

Pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berdepan banyak masalah termasuk tuduhan penyelewengan, salah guna kuasa dan gagal menjaga kesejahteraan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada 21 Oktober lalu sentiasa mengingatkan kita tentang kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang memastikan kegiatan pembangunan berjalan seiring dengan kelestarian alam sekitar.

Begitu juga dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mentadbir negeri terkaya di Malaysia itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘digulingkan’ melalui Langkah Kajang yang sumbang.

Selain isu berkaitan integriti dan akauntabiliti melibatkan pentadbiran Mohamed Azmin, kerajaan PKR Selangor didapati tidak cekap dalam menguruskan kebersihan persekitaran sehingga menimbulkan masalah denggi dan sampah tidak diuruskan dengan sempurna.

Memandangkan gabungan pembangkang PKR memang tidak bagus di Selangor dan Pulau Pinang, eloklah kalau ditukar balik kerajaan negeri dengan memberi semula mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14. – UTUSAN ONLINE