Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, semua program dan projek itu adalah bersifat am dan bukan khusus untuk individu tertentu malah para pengundi bebas menolaknya pada bila-bila masa.

“Jika ia adalah sogokan perlu ada bukti kukuh orang menerima sejumlah wang dan akibat daripada itu mengubah keputusan mereka.

“Pelaburan yang hendak dibawa masuk tidak masuk kocek sesiapa yang mendorong keputusan yang hendak dibuat berubah,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK Port Dickson di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan polis oleh calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong semalam berhubung kempen Anwar yang didakwanya melanggar peraturan pilihan raya. – UTUSAN ONLINE