Beliau memberitahu, pelbagai tohmahan diterimanya termasuk dituduh membenarkan warga asing mengambil alih negara.

“Mungkin tuhan nak tunjuk, apa yang mereka fitnah saya dulu, kini satu demi satu mereka terpaksalah mengaku.

“Najib jual negara! Sampai bila kita nak jual dan gadai tanah kita?, Undur Najib! Warga asing dah ambil alih Malaysia! Selamatkan Malaysia!” katanya dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai perangkaan semasa negara menunjukkan jumlah hartanah dimiliki warga asing di seluruh negara setakat ini tidak melebihi satu peratus.

Pendedahan itu dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bahawa kerajaan telah menetapkan nilai ambang iaitu melebihi RM1 juta pada Mac 2014 jika warga asing ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Bagaimanapun, kata Zuraida, kerajaan negeri mempunyai hak dan bidang kuasa membuat pindaan terhadap nilai ambang itu, sekali gus menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam dasar berkenaan. - UTUSAN ONLINE