Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, tuduhan seperti itu berlaku akibat sebaran dakyah pembangkang melalui media sosial yang kini hanya menumpukan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak benar terhadap kerajaan.

Katanya, rakyat kini dimomokkan dengan pelbagai khabar angin yang menimbulkan ketakutan seperti kegagalan ekonomi, kehilangan pekerjaan, syarikat gulung tikar dan kebimbangan negara tergadai melalui media-media sosial pembangkang walhal perkara yang sebenar adalah sebaliknya.

“Jangan anggap rakyat Malaysia terlalu bodoh. Kesian kepada rakyat. Sebagai parti politik, anda perlu menggembirakan rakyat, tawarkan lebih baik daripada kerajaan sekarang apabila berkempen dan bukan hanya tahu menakutkan rakyat.

“Jika mahu dilihat, pada PRU-13, kadar dividen yang diumumkan adalah tidak setinggi tahun-tahun selepas itu. Ini tiada kena mengena dengan pilihan raya umum tetapi kecekapan tadbir urus,” katanya melalui rakaman video di laman Facebook miliknya. hari ini. - UTUSAN ONLINE