Baginda yang diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud tiba di pekarangan bangunan Wisma Negeri dekat sini kira-kira pukul 9.45 pagi dengan disambut oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Yang turut menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Razali Ab. Malik.

Yang turut hadir, Undang Yang Empat.

Persidangan DUN itu berlangsung selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa depan. - UTUSAN ONLINE