Beliau dan Tillerson turut berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan AS serta isu-isu serantau.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ia merupakan lawatan pertama Tillerson ke negara ini sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump. - UTUSAN ONLINE