Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kuasa memberi kebenaran bagi perjumpaan seumpama itu terletak pada budi bicara pihak Penjara Sungai Buloh, Selangor.

“Saya tidak menyentuh berkenaan perkara-perkara operasi (agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)).

“Maknanya, bukan kerana menteri. Kuasa itu pada dia (pihak penjara). Saya berikan kepercayaan sepenuhnya kepada ketua-ketua jabatan di bawah KDN,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Dr. Mahathir semalam dilaporkan mendakwa arahan larangan perjumpaan beliau dengan Anwar dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menjelaskan, Jabatan Penjara serta Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan dari Dr. Mahathir atau pihaknya bagi menemui Anwar. - UTUSAN ONLINE