Program itu diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan merupakan projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan kepada golongan berpendapatan rendah.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail;

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail, Pierree Oliver Deplanck

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri berkata, golongan sasar bagi Program Food Bank Malaysia yang kini dalam peringkat percubaan adalah 186,354 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam data eKasih kerana dalam Paras Garis Kemiskinan di seluruh negara.

Katanya, selain membantu menangani kos sara hidup, program itu bertujuan mewujudkan struktur pengurusan lebihan makanan yang lebih tersusun dan sebagai salah satu inisiatif membantu rakyat Malaysia menguruskan lebihan makanan secara bersistematik.

"Saya ingin menjemput syarikat-syarikat pengusaha pasar raya, pengilang dan industri perhotelan supaya turut serta bersama-sama kementerian bagi menjayakan Program Food Bank Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINE