Naib Presiden UMNO itu bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hadir pukul 6.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong merangkap Pengerusi MCA negeri; Pengerusi MIC negeri, Datuk M. Asojan dan Pengerusi MyPPP negeri dan Datuk Dr. Siva Kumar.

Hadir sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamed.

Difahamkan dalam majlis berkenaan Zahid dan Mohamed Khaled menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti, ketua-ketua bahagian dan naib-naib ketua bahagian BN seluruh Johor.

Majlis berlangsung selama kira-kira dua jam itu merupakan sebahagian daripada program dihadiri beliau selama dua hari di Johor bermula petang tadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. - UTUSAN ONLINE