Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan sehari ke kawasannya itu dilihat meluangkan masa hampir 20 minit meninjau keadaan dan binaan jeti berkenaan.

Bercakap kepada penduduk yang yang turut serta dalam tinjauan berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, jeti dan pondok tersebut akan dinaik taraf tidak lama lagi.

“Kerajaan bersetuju dengan permohonan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menaik taraf jeti ini dengan peruntukan RM280,000

“Ia untuk kemudahan rakyat di sini” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi bersarapan bersama penduduk setempat di Warong Kopi Atan Deris milik Mohd Kamal Idris, 42, di tepi Jeti Hutan Melintang di sini. - UTUSAN ONLINE