Usul tersebut yang dibawa oleh Ahmad Faizal yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang turut dibawa oleh ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Menurut Koo Ham, penolakan usul itu dibuat atas dua alasan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan keputusan yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan.

“Di bawah Ja­dual 9, Perlembagaan Persekutuan, semua perkara ber­kaitan konvensyen antarabangsa dan hal-hal berkenaan badan antarabangsa adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Alasan kedua, isu meratifikasikan ICERD jadi perkara akademik memandangkan kerajaan Persekutuan mengumumkan keputusan pada 23 November lalu untuk tidak meratifikasi ICERD ini,” katanya pada Persidangan DUN hari ini.

Keputusan Koo Ham itu bagaimana pun dipertikai oleh Ahmad Saidi kerana menganggap ia perlu dibentang sebagai sokongan kepada keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

Namun Koo Ham kekal de­ngan keputusan untuk tidak memasukkan usul tersebut d­aripada dibincangkan pada sesi persidangan DUN kali ini.