Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tolak monopoli PPBM

Mahu dominasi jawatan Pengerusi, Presiden Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR 14 Jun - DAP hari ini dengan tegas menolak keghairahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden dilihat sebagai tidak wajar tambahan pula parti itu baharu sahaja menganggotai Pakatan Harapan.

“Saya tidak akan setuju jawatan Pengerusi dan Presiden daripada pemimpin PPBM, jawatan itu perlu disandang oleh pemimpin lain.

“PPBM perlu melakukan perundingan dengan parti-parti lain. Saya tidak akan setuju jika kedua-dua jawatan itu dalam kalangan pemimpin PPBM,” katanya seperti dipetik menerusi portal berita themalaymailonline.com, hari ini.

Minggu lalu, portal berkenaan melaporkan PPBM yang hanya berusia tidak sampai setahun telah menamakan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

PPBM turut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi; Tim-balan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timba-
lan Presi­den Pakatan Hara-pan) selain Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing sebagai Naib Presiden.

Guan Eng bagaimanapun berkata, Dr. Mahathir boleh diberi keutamaan dalam Pakatan Harapan berdasarkan pengalaman beliau selaku bekas Perdana Menteri.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menegaskan bahawa DAP dan parti-parti lain dalam pakatan tersebut masih menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.

“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain