Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tolak hukum Islam bela pengganas

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Golo­ngan yang menolak hukum jena­yah Islam seperti qisas, hudud dan takzir tidak menyedari bahawa tindakan mereka menentang hukum Allah itu seperti membela pengganas.

Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, walaupun syarat-syarat hukum jenayah Islam itu sangat ketat tetapi ia cukup menakutkan bagi tujuan menentang keganasan secara mendidik dengan ilmu Allah.

Beliau berkata, golongan itu tidak mahu menerima hakikat bahawa hukuman jenayah Islam itu merupakan satu ‘pembedahan’ bagi menyelamatkan masyarakat, tetapi mereka boleh pula menerima segala jenis pembedahan anggota jasad bagi menyelamatkan jasad seorang manusia yang sakit.

“Kalangan seperti ini pada zaman dahulu ada yang bergelar ahli falsafah yang menolak adanya Tuhan. Apabila dia terdesak menghadapi bahaya tiada penyelamat, lalu fitrahnya percaya adanya Tuhan dan berdoa. Namun, setelah selamat dia kembali sombong lagi.

“Merekalah yang me­­nolak rasul, menolak Kaabah sebagai tanda kiblat, menolak halal dan haram dalam makanan dan minuman, menolak hukum menutup aurat, menolak ayat-ayat al-Quran dan hadis. Adapun kalangan yang bercakap besar menghina Islam itu ‘loyar buruk’ sahaja atau ilmuwan syok sendiri. Sila siasat latar belakang pengajian dan akhlaknya walaupun berjela ijazah dimilikinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, ada dalam kalangan umat Islam di negara ini hanya mengaku Islam kerana takut kepada masyarakat umum.

Namun, katanya, mereka mahukan Islam supaya tunduk kepada kemahuan akalnya yang lemah dan ilmunya yang masih sedikit.

“Apa sangat mereka yang kerdil di Malaysia ini yang mengaku Islam kerana takutkan masyarakat umum jika dibandingkan dengan tokoh yang lebih besar telah menerima Islam seperti, Muhammad Asad dan Maryam Jamilah yang asalnya Yahudi, seniman Yusof Islam dan lain-lain yang mengkaji Islam secara perbandingan dengan mendalam dan ikhlas.

“Terpulang kepada mereka yang merasa dirinya sangat bijak supaya muhasabah diri sekarang atau mahu menunggu sehingga tibanya hari kematiannya dan perkara yang dijanjikan itu betul atau tidak,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain