Naib Presiden MyPPP, Ong Chee Keong berkata, penolakan itu sebagai menunjukkan apa yang dilakukan parti itu di Selangor dan Pulau Pinang adalah salah.

"Penolakan itu perlu dilakukan seperti pada Pilihan Raya Umum 1999 yang mana DAP pada waktu itu hanya menang 10 kerusi Parlimen.

"Jadi, rakyat terutama kaum Cina perlu menolak DAP dengan tidak mengundi parti itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab di sini malam ini.

Chee Keong yang sebelum ini 15 tahun menjadi ahli DAP dan pernah menjawat jawatan Pengerusi DAP Selangor berkata, DAP kini diterajui oleh kepemimpinan diktator anak dan bapa iaitu Lim Kit Siang serta Lim Guang Eng.

"Dahulu Kit Siang kata Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator, tetapi kini dia bersama Mahathir dan boleh duduk semeja semata-mata mahu menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," - UTUSAN ONLINE