Beliau memberitahu, kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir baru-baru ini kononnya Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan tol secara berperingkat adalah bercanggah dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian sebelum ini yang kementeriannya masih belum membuat kajian mengenai isu tersebut.

“Kenyataan menteri itu jelas menunjukkan tiada lagi sebarang kata putus dibuat setakat hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan MCA di Balakong dekat sini, hari ini.

Chee Teong berkata, hanya untuk menang dalam pilihan raya, Mohd. Anuar sanggup menipu rakyat dengan memberi kenyataan tidak benar. – UTUSAN ONLINE